1. untuk menyediakan kulit yang licin bagi persediaan untuk make-up, mulakan dengan mencuci dan melembab kulit muka; anda akan dapati make-up akan senang disapu dan bercampur jika disediakan dengan baik.
2. sapukan foundation di pipi,dahi, dan dagu menggunakan berus, span atau hujung jari yang bersih. blend foundation anda sehingga kepada garis rambut dengan lembut dan memanjamg.
teruskan blend hingga ke garisan tulang pipi dan juga di leher bagi menampakkan rupa yang semulajadi. pastikan foundation telah diblend di semua kawasan.
jika hitam dibawah mata dan cela masih kelihatan, jangan ditambah lagi foundation kerana ia akan kelihatan berat dan merekah; gunalah concealer..
3. concealer lebih pekat daripada foundation, membenarkan penutupan penuh kepada cela dan jeragat. ia boleh digunakan diatas lapisan foundation atau digunakan sendirian, dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi. ingat, sedikit sudah mencukupi!
4. loose powder ialah pelengkap kepada foundation dan concealer,membuat muka anda seperti baldu dan nampak semulajadi. ia juga membenarkan supaya make-up mata dan blusher mudah disapukan.